Penyanyi popular Korea Selatan, IU mendedahkan bahawa dia pernah dipanggil dengan panggilan "babi" oleh sekumpulan peminat remaja perempuan.
IU menceritakan menerusi rancangan SBS Strong Heart, mendedahkan kejadian ini berlaku ketika pentas debut nya pada 18 September 2008.
Menurut IU, pada hari kejadian, banyak peminat-peminat remaja perempuan sebuah kumpulan boyband yang popular, menunggu kemunculan kumpulan kesayangan mereka beraksi di atas pentas.
Apabila tiba giliran IU untuk beraksi di atas pentas, peminat-peminat ini bukan sahaja tidak bersorak dan memberikan sokongan, malahan bertindak melampau dengan melemparkan kata-kata nista yang kurang sopan terhadap IU.